Red Velvet Cake
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Bahan - Bahan :
Bahan kek
250g / 2cawan tepung kek*
1/2 sk garam*
15g / 2 sudu besar serbuk koko*
113g / 1/2 cawan butter
160g / 2 cawan gula kastor
3 biji telur gred B
1sk esen vanila
240ml / 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
2sm liquid merah / 4sm serbuk pewarna merah
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam*
15g / 2 sudu besar serbuk koko*
113g / 1/2 cawan butter
160g / 2 cawan gula kastor
3 biji telur gred B
1sk esen vanila
240ml / 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
2sm liquid merah / 4sm serbuk pewarna merah
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat
Bahan Cream Cheese Frosting
227g cream cheese
115g / 1 cawan gula kastor
360ml / 1 1/2cawan whipping cream
tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
jika tiada buttermilk lakukan langkah ini:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Cara penyedian :
1. Panaskan oven 170 darjah celcius dan sapukan loyang dengan sedikit butter.
2. Ayakkan bahan2 kering(*) dan masukkan ke dalam mangkuk.
3. Satukan gula dan butter. Pukul sehingga lembut dalam 1-2 minit.
4. Kemudian masukan telur satu persatu dan teruskan putar hingga adunan menjadi kembang dan gebu.
5. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul.
6. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sehingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan.
7. Satukan soda bikarbonat dan cuka dalam mangkuk kecil hingga berbuih. Tuangkan cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
8. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak. Bakar kek selama 30-40 minit.
Frosting / Krim :
1. Untuk penyedian Frosting, putar cream cheese hingga smooth masukan gula dan juga esen vanila dan terus putar hingga smooth.
2. Masukkan pula whipping cream dan putar lagi.
* Tambah sedikit susu segar untuk frosting yang agak lembut.
3. Kemudian sapukan pada lapisan kek dan hias ikut suka.
4. Sejukkan di dalam peti ais untuk menambahkan lagi kesedapan.
* x sempat nk snap gambar kek yang dipotong.
Selamat mencuba..
***
0 orang Cakap-cakap:
Post a Comment