satu hari satu click...

Friday, January 21, 2011

Mari Uji Minda Anda....

Asslamualaikum....
Hari nie aku nk uji minda korang... Nak tengok betapa cekapnya minda korang berfikir... hehe...


Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Korang perlu menjawab dengan pantas. Korang tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba,  dan lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri korang.....



Ready? GO!!!  (lihat bawah) 

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jawapannya: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Jangan sesekali lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ? 


Soalan Kedua:


Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? ok dah dapat jawapannya sila lihat dibawah untuk semak jawapan korang betul atau tidak....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?



Adakah korang pantas dan cerdik?? hehe....


Soalan Ketiga:

Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Soalan ini mesti dilakukan menggunakan fikiran sahaja . Jangan sesekali guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Ok jom try uji IQ korang....



Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk pastikan jawapan korang....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Adakah jawapan anda 5000 ?


Jawapan sebanar adalah 4100.





Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... ok next soalan...

Soalan keempat:


Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!

 Jawab soalan bonus:


Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.


Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati. Cuba baca kembali soalan di atas.... hehe...


Cam ne adakah anda rasa benar2 teruji... apa salah nye kan sekali sekali minda kita di uji dengan soalan-soalan simple cm nie kan... hehe...
selamat mencuba...
Kalau Suka Boleh Like Sini

0 orang Cakap-cakap: