satu hari satu click...

Friday, April 8, 2011

Trilogi Cinta (review)

Assalammualaikum....
yeahh update blog bersawang... kesian kt blog nie sepi jew x berupdate kan...
ok mlm nie ada masa kit nk update blog... hehe..

Dalam aku sibuk2 dengan byk tugasan sempat jugak aku tgk drama and movie2... bukan apa nk hilangkan tension dan serabut kat kepala nie... Drama yang sempat aku tgk ialah drama Trilogi Cinta...
serius mmg best... tangkap leleh la... hehe setiap hari jugak aku tgk cite nie secara on9... masa aku balik cuti aku tgk iklan drama ni kt tv tapi x de kesempatan nk tgk... bile tgk iklan mcm best (bukan mcm mmg best pun) aku pun pegi ke website RTM1... semua episode de kt website tu boleh tgk dengan laju nye...

mana x best jalan cite drama nie, pelakon yang belakon pun hebat2 kan...
antaranya Rosyam Nor, Fauziah Gous dan Siti Fazurina.. aku peminat rosyam Nor tu... cerita yang dia belakon mmg best2... hehe...
ok mari tgk sinopsis
aku amek sinopsis nie dr sini


Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat
 peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

begitu la sinopsis nye...
serius best sgt rugi la sape x tgk... de part yg sedih tu mmg menitis la air mata nie... hehe...
drama ni adalah gabungan 3 novel penulis Sharifah Abu Salem...
aku x baca lagi novel tu so aku x tahu same or x jalan cite nye... tapi de yang buat review kate jalan cite drama and novel sama... 
antara novel yang digabungkan ialah...




sumber gambar (mr google)

if korang de masa boleh la tgk drama nie... boleh tengok secara on9 di sini

Kalau Suka Boleh Like Sini

0 orang Cakap-cakap: