Assalammualaikum..
Entry kali nie nak cerita tentang impian eka untuk E-day nanti.. Tak semua impian nie akan terlaksana 100% mybe 99% ke, atau 50% pun ok.. Apa yang penting majlis berjalan dengan lancar dan teratur.. Kalau ikutkan hati dan perasaan memamg banyak impian kita kan.. Al maklum la hari bahagia kita so kita mestilah nak yang perfec.. Impian kita tu pun mestilah menepati bajet kita.. Jangan la bajet ciput tapi nak buat majlis gah macam artis (haha selalu terjadi)... Tak perlu nak tiru orang sangat kita kena ikut kemampuan kita jugak, kadang yang simple tu la lagi cantek dari yang harga beribu2 tapi hampehhhh... So ukur baju dibadan sendiri.. Eka pun akan buat majlis yang simple but nice ala2 sweet gitu.... Bajet pun tak besar mana sebab my family pun cakap buat simple je majlis tunang kan..
Untuk tema eka plan nak pilih soft pink plus biru, so dalam otak dah set nak cari baju warna pink.. hehe sebab nak nmpk sweet2 je.. dan my family pakai baju warna biru.. Hantaran pulak nak warna Purple + Pink.. Mmg nak nampak majlis tu pink je.. hehe so Pelamin pun nak pink putih.. Bila cite kat my sis naek muntah dorg sebab dorg nie mmg alah dengan warna pink.. Macam geli je bila dengar warna pink.. haha gigihkan Usaha untuk dapat tema ini jugak!!! hehe
Baju nie salah satu benda penting masa majlis tu.. Eka ada impian nak buat baju sendiri that means anta tailor jahit la ikut design yang kita nak, tapi disebabkan kesuntukan masa so hapuskan la nak design sendiri baju tunang.. Lagi pun eka tak berani nak tanggung risiko KALAU baju yang kita design tak jadi macam yang kita nak, jadi lain pulak So simpan je angan2 tu untuk wedding nanti.. hehe jom cuci mata tgk design yang eka suka...
Lagi satu pening nak pakai shawl/tudung macam mana?? klu nak nmpak sweet lagi muda pakai shawl la kann, klu nak nampak mature pakai tudung awning.. eka dicide nak pakai shawl je senang beli ready made atau jahit sendiri pun boleh.. kat shawl tu boleh tambah manik atau pakai veil... My sis cakap tak payah pakai veil sebab nampak macam nak kawen, so tak tau lagi nak pakai veil atau tak.. Nak nampak cantik pakai la kalau nak nampak simple tak payah pakai.. Kat bawah nie ada contoh shawl yang sesuai untuk tunang.,
Kalau nak DIY boleh la buat macam nie..
Mini dais sure sangat nak sebab, orang cakap baik ada pelamin even pun untuk tunang.. salah satu sebab senang nanti nak sarung cincin semua boleh tengok.. Kalau dalam bilik sempit tak semua boleh masuk.. Masa nak sarung cincin sure semua nak tengok kan mana nak sumbat dengan mak mertua nak sarung cincin, kaum kerabat belah lelaki, kawan-kawan, adik beradik, sanak saudara kita lagi tu tak kira pulak camera man.. Last2 nanti gambar sikit je time tu sebab berasak orang nak masuk bilik.. Mini dais nie pun masuk dalam senarai, ala yang simple pun ok..
Macam nie pun ok simple..
Done untuk entry kali nie.. Selamat membaca.. :)
Kalau Suka Boleh Like Sini
0 orang Cakap-cakap:
Post a Comment