satu hari satu click...

Wednesday, February 27, 2013

MY E-DAY 100213..



Assalammualaikum...


Ok update kali nie eka malas nak taip panjang2..
Nak bagi view gambar je, masa eka tunang hari tuu..
Nanti eka buat review pasal diy masa tunang..







































Kalau Suka Boleh Like Sini

Tawaran Guru Interim..





Assalammualaikum...

Sibuk2 study untuk Interview, Eka luangkan sedikit masa untuk update entry..
Alhamdulillah Rezeki datang lagi, Now eka dapat tawaran jadi Guru Interim/Guru Kontrak..
Nama eka tersenarai dalam JPN Perak.. Alhamdulillah dapat dalam Perak jugak..

Lagi satu rezeki, ada someone yang nak sewa eka punya shawl tunang tuuu..
Rezekikan Syukurrrr..

Lepas nie mesti jarang dah update blog..
Dah mula bertugas mula sibuk dengan tugasan seorang guru..
ok dadaaa..
Kalau Suka Boleh Like Sini

Saturday, February 23, 2013

DIY Props Untuk Eday



Assalammualaikum...


Alhamdulillah akhirnya eka dapat juga tawaran temuduga..
Eka rasa bulan Feb nie adalah Bulan yang sungguh awesome..
Majlis tunang Alhamdulillah berjalan lancar, dapat tawaran temuduga, dapat BRIM, rezeki bulan nie sangat murah.. Syukur alhamdulillah..


Masa eday hari tuu, eka and adik ada plan nak buat props untuk bergambo..
Maklumlah eka nie ramai adik-beradik perempuan suka la bergambokan..
So kami terfikir nak buat props..

Kenapa susah2 nak beli?
Kenapa susah2 nak sewa??
Kan Senang DIY sendiri je..
Sememang nye senang..

Eka and adik just search dekat google gambar2 yang nak dijadikan props atau  word2 yang sesuai untuk eday.. Word tu boleh buat sendiri guna photoshop..

*contohnye mcm nie.. Gambar ehsan dari google

Then eka beli lidi sate yang besar dan panjang sikit..
Dekat tesco atau pasaraya ada jual satu pack..
Lidi nie tak de jual sikit memang jual 1 pack banyak tau..
Lepas tu korang boleh guna untuk buat cucuk sate..

Bila dah print korang boleh gunting kemas2 yer..
Dah gunting korang lekat kan pada kertas keras atau cardboard..
Cardboard tu tak la keras sangat..
Eka beli kertas tu dekat Daiso, lebih kurang saiz A3 ada bape helai dh lupa, tapi banyak la jugak..


Tapi adik eka teredit jadi besar,
so lepas print jadi besar, haha dh malas nak print balik teruskan je la..
Kalau korang rajin boleh la lilit lidi tu dengan reben..

Ok dah siap boleh la melaram puas2 sampai lunyai..
Lunyai pun tak pe sebab sendiri punya..
Eka boleh siap bagi dekat anak member lagi bawak balik.. hehe

Taraaaa... nie eka punya props.. 






Hahaha boleh bergambo puas2 lepas majlis pun boleh guna lagi..
hehe Mudah dan jimat kan..


Sorry untuk DIY nie tak de gambar detail..
Lupa nak snap..



Sekian....




Kalau Suka Boleh Like Sini

Friday, February 15, 2013

15 FEB 2013




Assalammualaikum..

Malam nie eka tak senang duduk,
hati dup.. dap.. dup.. dap je nak tunggu pagi esok..
Nak tau kenapa sebab eka menanti nama untuk interview pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah DG41..
Setahun dah aku tunggu saat nie..

Tak tahu nak cakap hati nie rasa macam manae..
Macam2 fikir takut2 nama tak de dalam senarai..
Macam diri nie nak terima bila benda tu terjadi..
YA Allah Kau tolong la tenangkan hambaMu nie.. 
Ya Allah permudahkan lah urusan hambaMu nie..

Last week hari berdebar nak tunggu sarung cincin,
Minggu nie berdebar nak tunggu untuk diinterviewkan..
Boleh sakit jantung macam la macam nie..
Eka betul2 takut.. Taip entry malam nie pun sebab nak kasi semangat untuk diri sendiri..
Thanks pada famly and en.tunang sebab tenangkan dan bagi semangat dekat eka..
Korang doakan yer nama eka tersenarai dalam list..

huhuuhuhu...
Kalau Suka Boleh Like Sini

Wednesday, February 13, 2013

My Mini Dais For E-Day



Assalammualaikum..


Alhamdulillah My Eday berjalan dengan lancar dan akhirnya aku dan enbf dah jadi tunangan orang..
After 8 tahun bercinta monyet dan kami akhirnya kami diikat dengan tali pertunangan..
Doakan kami bahagia yer.. :)


Majlis dibuat dengan simple dan ringkas tapi meriah..
Alhamdulillah ramai jugak jemputan yang datang...
Mak and ayah eka jemput jiran2 dan saudara mara je..
Jemputan dalam 200 to 300 orang..


Untuk majlis tu eka sewa mini dais..
ada mini dais ini boleh la bergambo puas2..
Mini dais nie untuk upacara sarung cincin so semua orang boleh tengok dengan jelas.. hehe





Ini lah mini dais untuk eday eka.. 
Eka sewa mini dais nie dekat Boutique Tims Collection..
Mini dais nie simple dan harga nye pun berpatutan dalam RM300 to RM450..
Mini dais nie en tunang yang pilih (ewah en tunang pulak kan)..
Eka ikutkan je la selera dia.. Janji simple..
Eka just suruh akk butik tuu tukarkan color oren to peach and pink..
Sebab color baju eka peach and pink..
Mini dais nie bagi eka mmg simple tapi ada jugak la yang datang cakap 
"wahhh siap ada pelamin lagi macam nak kawen"...
Buat2 dengar tak dengar je.. 
Janji majlis selesai dengan baik.. heheh




Kalau Suka Boleh Like Sini