satu hari satu click...

Showing posts with label infomasi. Show all posts
Showing posts with label infomasi. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Topup dikenakan Cukai 6%..

Assalammualaikum..

Hari i nak cakap pasal kenaikan harga topup.. Ok lepas nie ramai pulak yang nk pakai bil sebab nak lari dari dikenakan cukai perkhidmatan..
Bagi aku hal nie x sepatut nye berlaku..
kenapa mesti dikenakan cukai walaupun hanya 6%..
sekarang bila anda mahu topup RM5 anda terpaksa ulang sekali lagi TERPAKSA bayar lagi RM0.60..
Dari mata kasar nye mmg nampk sikit.. 60 sen jew kan.. 
Tapi cuba korang semua kira2.. 60 sen tu klu di simpan jadi banyak kan..
boleh tambah buat kawen.. hehe..

Semua benda nk naek harga sampai topup pun nk naek harga..
Malaysia mmg kaya dengan cukai and faedah..
kerajaan kaya rakyat pokai.. 
aku sangat la x setuju sebab aku salah seorang pengguna topup yang tegar..
kalau harga topup naek ini bermakna kos perbelanjaan aku pun akan naek..
Sebelum nie pun dh ramai peniaga yang caj harga topup..

Ada satu hari tuu, aku nk topup banyak kedai yang ttp.. hanya kedai nie jew yang buka..
aku pun mintak topup rm5 kat budak tu and aku pun hulur duit rm5.. die cakap kak rm5.50..
Aku pun tnye la "aik nape saya kena byr 50 sen tuu?"
budak tu jawab "ntah la bos suruh jual rm5.50 saya jual jew la."
aku cakap balik kat budak tu : x per la dik simpan balik topup tuu, saya syg duit saya walaupun 50 sen.. 

Nmpk nye lepas nie semua orang pakat pakai bil..
semua orang kejar beli BB pulak.. harga BB lepas nie mesti naik sbb ramai permintaan..
Mula la si awek merengek2 pada BF minta belikan BB.. Alasan BBM free so x yah topup..
Yang naik tetap naik.. sebagai seorg pengguna kite perlu bijak..
Rancang la perbelanjaan anda semua..



p/s sebelum 15hb nie beli latopup banyak sebelum dikenakan cukai eh.. hehe..

Kalau Suka Boleh Like Sini

Friday, April 22, 2011

Makanan Halal Kod E

Assalammualikum...

sekarang kite semua merasakan makanan yang diproses diluar tidak selamat kn.. banyak cerita sana sini mengatakan makanan nie x boleh makan de campuran tu la de campuran Vavi la... kite dh termakan pastu baru tahu makann tu de campuran tu... klu mkn nnt jadi darah daging pulak... abih nak makan pe kan so fikir2 kan la... mase aku jalan cari pasal kt alam maya nie... jumpa la pasal Kod E yang di hebah2 kan x leh makan... 
Apa tu eh Kod E... meh aku cite kn..
cecite2... hehe...


Kod2 E adalah kod nombor untuk bahan tambahan atau aditif makanan(food additives) yang telah diuji penggunaannya untuk digunakan di Kesatuan Eropah(European Union). E di hadapan kod tersebut diambil dari huruf pertama European iaitu E. 


Kod E merupakan tambahan makanan yang digunakan sebagai perasa, pewarna, pengawet, bahan pengental dan sebagainya. Kod2 E boleh dibuat daripada tumbuhan atau haiwan, bergantung kepada jenis Kod E. Ada yang boleh dibuat daripada mana2 sumber iaitu tumbuhan sahaja atau haiwan sahaja. Adakah ia halal?


Masalah timbul apabila Kod E dibuat daripada haiwan. Kod E adalah halal jika sumber haiwan itu bukan dari sumber yang haram seperti khinzir, anjing atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Keraguan terhadap Kod E meningkat dengan tersebarnya khabar angin bahawa sesetengah Kod E dibuat daripada sumber tidak halal. ok x semua makanan yang diperbuat dari Kod E nie x halal tgk pada bahan yang digunakan la...


Terdapat banyak produk2 di pasaran yang menggunakan kod2 E ini dan antara yang popular adalah aiskrim dan chocolate. Banyak pula produk2 yang menggunakan kod E yang dikatakan haram tetapi mendapat pengiktirafan JAKIM. Jadi, bagaimana sekarang? Adakah JAKIM terlepas pandang?

Semestinya JAKIM tidak terlepas pandang. JAKIM diurus oleh ramai orang yang juga pengguna muslim dan mereka juga semestinya mahu menggunakan yang halal. Jadi, proses pengeluaran pengiktirafaan sijil halal adalah sangat teliti. Antara langkah2 memohon sijil halal ialah menyenaraikan semua bahan mentah produk.
Jadi di sini, JAKIM boleh memastikan sumber Kod E tersebut.

Salah satu contoh ialah Kod E yang paling popular iaitu E471. E471 ialah sejenis emulsifier yang merupakan asid lemak mono dan digliserida. Asid lemak sintetik ini dibuat daripada gliserol dan asid lemak semulajadi daripada sumber tumbuhan atau haiwan. Produk yang mempunyai E471 dan mendapat pengiktirafan halal JAKIM bererti E471 itu dibuat dari sumber tumbuhan atau haiwan(disembelih) yang halal. Justeru itu, produk tersebut adalah halal dan selamat untuk dimakan...




klu korang nak tahu produk yang telah di luluskan oleh JAKIM boleh tgk kt sini
Click here


***
Kalau Suka Boleh Like Sini

Tuesday, April 12, 2011

Arab Saudi mahu bina Menara Tinggi...

Assalammualaikum...

Keluarga di Raja Arab Saudi mendedahkan perancangan mereka ingin membina sebuah menara tertinggi di Dunia (mengatasi Burj Khalifa).

Menara yang akan diberi nama Kingdom Tower akan memiliki ketinggian 1.6 kilometer (1 batu) apabila ia siap kelak. Menara ini akan diisi dengan hotel, pejabat, apartment mewah dan pusat membeli belah.
Menara pencakar langit ini adalah dua kali ganda ketinggian Burj Khalifa di Dubai.
menara ni hanya mengambil masa selama 12 minit untuk sampai ke puncak.. dengan menaiki eskalator yang dibina didalam menara berharga £12 billion itu.







Ketika ini menara tertinggi didunia adalah Burj Khalifa dengan berketinggian 828 meterMenara Berkembar Petronas hanya mempunyai ketinggian 452 meter. Kingdom Tower yang bakal dibina di Jeddah dan menelan belanja sebanyak USD 30 billion. Sebagai perbandingan Burj Khalifa hanya menelan belanja sebanyak USD 1.5 billion. haha nie satu tanda2 hari kiamat banyak pencakar langit dibina ini adalah salah satu nya.. abih semua nk berlumba2 bina menara tinggi... 

sumber : terkinidunia, google...



Kalau Suka Boleh Like Sini

Sunday, March 20, 2011

Ohhh Bulan....

Assalammualaikum...

Oh bulan.... dh mcm lagu Yuna pulak... hehe... Ohh td bru lepas tengok bulan terang yang sgt cantek...
SubhanaAllah mmg cantik... Sgt2 cantik...
 x caya... tengok bukti nie...

Sungguh cantik ciptaa Allah...

Bulan di sebalik Awan...

camera i x mahal so gambar biasa2 jew..

Tibe2 teruja sgt pasal bulan nie... bila tengok secara real mmg sgt teruja... serius sgt cantik... 
nasib kat tanjung malim x hujan malam nie... so dapat la tengok... 
Rugi la sape yang x tengok ciptaan Allah... sebab kejadian nie pun jarang2 berlaku...
ok Dadaaa...

***









Kalau Suka Boleh Like Sini

Sunday, March 13, 2011

Bencana Alam Tahun 2011...

Assalammualaikum...

Kita semua dikejutkan dengan berita Gempa bumi dan Tsunami di Japan... Ya Allah bencana alam datang lagi... Sungguh terkejut dan bila tahu berita nie seriusly aku x tenang dengan keadaan nie... perasaan takut dan bile terfikir kejadian berlaku pada hari jumaat dan mengingatkan aku pada akhir zaman... SubhanaAllah... Ya Allah lindungi la Umat Mu Ya Allah dan lindungi la Negaraku... Aminnn...

Mase mlm kejadian aku x boleh tido aku jadi tkt.. Mungkin malaysia seterusnya huhu mcm aku fikir sebelum tido... tkt jugak benda2 nie terjadi waktu kita semua dalam mimpi kan... Semua nye x mustahil berlaku... 
Dalam sibuk2 aku cari berita about Tsunami kt japan tu aku ada dapat info Pasal Lunar Perigee...





 Korang tahu x pasal Lunar Perigee nie?? Nak tau mari baca kt bawah nie...

Menurut mertologi nie mungkin ramalan dorg kot... Pada 19 Mac 2011 jarak bulan dan bumi akan sangat2 dekat... Astronomer panggil fenomena nie sebagai Super Moon..
pada tarikh nie bulan akan nampk lagi besar dan dekat dengan kite semua!!!
bulan akan kelihatan cantik tetapi.....



ada yang meramalkan akan terjadinya bencana alam yang teruk kt bumi nie...
ada pihak yang membantah dengan ramalan nie... tapi nie semua Kuasa Nya kan... Klu itu yang telah tertulisNya kita semua akan hadapi situasi tu..


Tapi kann... klu korang semua perasan sebelum tsunami kt japan berlaku banyak perkara aneh berlaku contoh nye....
sebelum tu masa awal tahun ada berita tentang 5000 burung tibe2 jatuh dekat arkansas... tempat yang sama berlaku nya kematian byk ikan... Apakah semua nie petanda kepada pengakhiran dunia... MasyaAllah...


lepas tu kejadian gempa bumi and tsunami di japan...
mungkinkah nie semua ada kaitan dengan Lunar Perigee.. aku pun x tau nk sebab aku bukan pakar dalam meteologi pun... Kite serahkan la semua nie pada Nya sesungguh nya dia lebih berkuasa yang mengatasi segala2nya...


aku de jugak terbaca pasal tarikh bencana alam yang akan berlaku sekitar 2011... nie semua keje orag barat la...
Antara tarikhnya ialah 19 mac mungkin pasal Lunar Perigee...
 21 mei dan 21 oktober....
klu korang nk tahu dengan lebih detail pegi kat page kat bawah nie...

 ***









 


Kalau Suka Boleh Like Sini

Tuesday, March 1, 2011

Tanggung Jawab Seorang lelaki.....

Assalamualaikum...

aku nk cakap pasal lelaki tapi bukan pasal en Bf or sesiapa la... tetapi pasal semua lelaki muslim kat atas muka bumi nie... kita semua tahu tanggung jawab lelaki lebih berat di bandingkan dengan perempuan... korang nk tau apa tanggungjawab tu... bila aku tahu pasal nie aku bersyukur kerana di lahirkan sebagai seorang perempuan... 
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.
(Ali-Imran:103)


bukan nak cakap perempuan x de dosa x de tanggungjawab... perempuan pun ada tanggungjawab klu nk ikut pasal dosa perempuan lagi senang buat dosa kan... ok mari kita tengok pe tangungjawab seorang lelaki :


seorang lelaki bujang kena menangung dosa sendiri apabila sudah baligh.... berbeza pula dengan seorang gadis bujang dosanya akan ditangung oleh bapanya sehingga la mereka berkahwin dan selepas mereka berkahwin dosa seorang gadis tadi akan ditanggung oleh suaminya pula.... dan seterusnya pun begitu... 

kat sini kita dapat lihat dosa yang kita buat akan di tanggung oleh ayah kita... kesian kan ayah kita terpaksa tangung dosa kita... klu la seorang ayah tu ada 10 orang ank perempuan ini bermakna dia terpaksa menanggung dosa 10 orang gadis.... berat kan manakan lagi dosa sendiri nk kena tanggung ditambah lagi dengan dosa orang lain.... so sesiapa yang belum berkahwin klu korang nk buat dosa ingat2 la kat ayang korang yang akan tanggung dosa korang tu.... Tambah lagi pada yang x tutup aurat tu setiap masa la ayah korang dapat dosa.... sebab tu aku dengar orang cakap orang yang paling gembira sewaktu anak perempuannya di kahwinkan adalah bapanya sebab dorang dh terlepas dari menanggung dosa anknya... 

sekarang kita lihat dosa yang ditanggung oleh seorang suami pulak... lelaki yang berkahwin akan menanggung dosa isterinya pulak... kalau dia ada anak perempuan dia akan menanggung dosa anaknya pulak... so sebab itu la tugas seorang isteri menjaga maruah dan nama baik suami.... contohnya klu kita tengok seorang isteri yang x menutup aurat pakai seksi, terdedah sana terdedah sini, dosanya akan ditanggung oleh si suaminya... bila aku keluar tengok perempuan yang sudah berkahwin tak tutup aurat aku rase kesian kat suaminya terpaksa tanggung dosa isterinya.... tapi kita x blh salah kan si isteri saja sebab tugas si suami adalah memimpi isteri dan keluarganya jalan yang betul... so kesian la pada si isteri sebab dapat seorang suami yang tidak pandai memimpin... masa aku pegi kursus kawin tahun lepas ustaz pesan byk kali psl benda nie... 

di akhirat nanti, seorang lelaki akan bertanggungjawab terhadap 4 wanita iaitu :
1. isterinya

2. ibunya

3. anak perempuannya 

4. saudara perempuannya

****
x pasal2 aku bagi tazkirah hari nie.... aku just kongsi apa yang aku tahu... sekurang-kurangnya jika orang baca aku dapat pahala...




Kalau Suka Boleh Like Sini