satu hari satu click...

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Ramadhan 2011...

Assalammualaikum...

Salam Ramadhan semua.. dah seminggu puasa baru nk ucap salam Ramadhan.. Al- maklum la tanggungjawab guru pelatih mengatasi segala2 nya.. Ditambah pulak dengan bulam puasa yang masa di habiskan untuk mencari amalan kebaikan.. Dah genap seminggu kita berpuasa, penuh x puasa anda semua? Sape x puasa penuh kena naek Van mayat.. hehe..

Tahun nie Ramadhan yang sangat bermakna bagi dalam diri ini, sebabnya full time dapat berbuka puasa dengan Family and ofcouse la Si dia.. 3 tahun aku berpuasa di perantauan.. haha perantauan la sgt padal Tanjung malim ngan Manjung bukan jauh mana kan tapi makan masa 2 hingga 3 jam la nk sampai.. 
3 tahun berpuasa sebagai musafir, 3 tahun berpuasa sebagai seorang student, 3 tahun berpuasa bersama kawan2.. but tahun nie sgt berbeza dari 3 tahun yang lepas.. 
Tahun nie dapat berpuasa dan berbuka dengan Family kt rumah..
Tahun nie dapat berpuasa dan berbuka dengan Si dia..
Tahun nie berpuasa sebagai seorang Guru..
Tahun nie separuh hari berpuasa di Sekolah..
Tahun nie puasa boleh request mknan fav dekat mak..

Mungkin tahun nie jew dapat rasa macam Ramadhan yang mcm nie.. mungkin next year x dapat rasa cm nie.. 
So rasa la nikmat nie sepuas2 nye dan di samping itu mari la melipat gandakan amal ibadat kita..
Semoga Ramadhan nie memberi seribu rahmat dan membaiki segala kekhilafan diri ni..

Salam Ramadhan :)

Kalau Suka Boleh Like Sini

Friday, April 22, 2011

Makanan Halal Kod E

Assalammualikum...

sekarang kite semua merasakan makanan yang diproses diluar tidak selamat kn.. banyak cerita sana sini mengatakan makanan nie x boleh makan de campuran tu la de campuran Vavi la... kite dh termakan pastu baru tahu makann tu de campuran tu... klu mkn nnt jadi darah daging pulak... abih nak makan pe kan so fikir2 kan la... mase aku jalan cari pasal kt alam maya nie... jumpa la pasal Kod E yang di hebah2 kan x leh makan... 
Apa tu eh Kod E... meh aku cite kn..
cecite2... hehe...


Kod2 E adalah kod nombor untuk bahan tambahan atau aditif makanan(food additives) yang telah diuji penggunaannya untuk digunakan di Kesatuan Eropah(European Union). E di hadapan kod tersebut diambil dari huruf pertama European iaitu E. 


Kod E merupakan tambahan makanan yang digunakan sebagai perasa, pewarna, pengawet, bahan pengental dan sebagainya. Kod2 E boleh dibuat daripada tumbuhan atau haiwan, bergantung kepada jenis Kod E. Ada yang boleh dibuat daripada mana2 sumber iaitu tumbuhan sahaja atau haiwan sahaja. Adakah ia halal?


Masalah timbul apabila Kod E dibuat daripada haiwan. Kod E adalah halal jika sumber haiwan itu bukan dari sumber yang haram seperti khinzir, anjing atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Keraguan terhadap Kod E meningkat dengan tersebarnya khabar angin bahawa sesetengah Kod E dibuat daripada sumber tidak halal. ok x semua makanan yang diperbuat dari Kod E nie x halal tgk pada bahan yang digunakan la...


Terdapat banyak produk2 di pasaran yang menggunakan kod2 E ini dan antara yang popular adalah aiskrim dan chocolate. Banyak pula produk2 yang menggunakan kod E yang dikatakan haram tetapi mendapat pengiktirafan JAKIM. Jadi, bagaimana sekarang? Adakah JAKIM terlepas pandang?

Semestinya JAKIM tidak terlepas pandang. JAKIM diurus oleh ramai orang yang juga pengguna muslim dan mereka juga semestinya mahu menggunakan yang halal. Jadi, proses pengeluaran pengiktirafaan sijil halal adalah sangat teliti. Antara langkah2 memohon sijil halal ialah menyenaraikan semua bahan mentah produk.
Jadi di sini, JAKIM boleh memastikan sumber Kod E tersebut.

Salah satu contoh ialah Kod E yang paling popular iaitu E471. E471 ialah sejenis emulsifier yang merupakan asid lemak mono dan digliserida. Asid lemak sintetik ini dibuat daripada gliserol dan asid lemak semulajadi daripada sumber tumbuhan atau haiwan. Produk yang mempunyai E471 dan mendapat pengiktirafan halal JAKIM bererti E471 itu dibuat dari sumber tumbuhan atau haiwan(disembelih) yang halal. Justeru itu, produk tersebut adalah halal dan selamat untuk dimakan...




klu korang nak tahu produk yang telah di luluskan oleh JAKIM boleh tgk kt sini
Click here


***
Kalau Suka Boleh Like Sini

Tuesday, March 1, 2011

Tanggung Jawab Seorang lelaki.....

Assalamualaikum...

aku nk cakap pasal lelaki tapi bukan pasal en Bf or sesiapa la... tetapi pasal semua lelaki muslim kat atas muka bumi nie... kita semua tahu tanggung jawab lelaki lebih berat di bandingkan dengan perempuan... korang nk tau apa tanggungjawab tu... bila aku tahu pasal nie aku bersyukur kerana di lahirkan sebagai seorang perempuan... 
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.
(Ali-Imran:103)


bukan nak cakap perempuan x de dosa x de tanggungjawab... perempuan pun ada tanggungjawab klu nk ikut pasal dosa perempuan lagi senang buat dosa kan... ok mari kita tengok pe tangungjawab seorang lelaki :


seorang lelaki bujang kena menangung dosa sendiri apabila sudah baligh.... berbeza pula dengan seorang gadis bujang dosanya akan ditangung oleh bapanya sehingga la mereka berkahwin dan selepas mereka berkahwin dosa seorang gadis tadi akan ditanggung oleh suaminya pula.... dan seterusnya pun begitu... 

kat sini kita dapat lihat dosa yang kita buat akan di tanggung oleh ayah kita... kesian kan ayah kita terpaksa tangung dosa kita... klu la seorang ayah tu ada 10 orang ank perempuan ini bermakna dia terpaksa menanggung dosa 10 orang gadis.... berat kan manakan lagi dosa sendiri nk kena tanggung ditambah lagi dengan dosa orang lain.... so sesiapa yang belum berkahwin klu korang nk buat dosa ingat2 la kat ayang korang yang akan tanggung dosa korang tu.... Tambah lagi pada yang x tutup aurat tu setiap masa la ayah korang dapat dosa.... sebab tu aku dengar orang cakap orang yang paling gembira sewaktu anak perempuannya di kahwinkan adalah bapanya sebab dorang dh terlepas dari menanggung dosa anknya... 

sekarang kita lihat dosa yang ditanggung oleh seorang suami pulak... lelaki yang berkahwin akan menanggung dosa isterinya pulak... kalau dia ada anak perempuan dia akan menanggung dosa anaknya pulak... so sebab itu la tugas seorang isteri menjaga maruah dan nama baik suami.... contohnya klu kita tengok seorang isteri yang x menutup aurat pakai seksi, terdedah sana terdedah sini, dosanya akan ditanggung oleh si suaminya... bila aku keluar tengok perempuan yang sudah berkahwin tak tutup aurat aku rase kesian kat suaminya terpaksa tanggung dosa isterinya.... tapi kita x blh salah kan si isteri saja sebab tugas si suami adalah memimpi isteri dan keluarganya jalan yang betul... so kesian la pada si isteri sebab dapat seorang suami yang tidak pandai memimpin... masa aku pegi kursus kawin tahun lepas ustaz pesan byk kali psl benda nie... 

di akhirat nanti, seorang lelaki akan bertanggungjawab terhadap 4 wanita iaitu :
1. isterinya

2. ibunya

3. anak perempuannya 

4. saudara perempuannya

****
x pasal2 aku bagi tazkirah hari nie.... aku just kongsi apa yang aku tahu... sekurang-kurangnya jika orang baca aku dapat pahala...




Kalau Suka Boleh Like Sini

Tuesday, February 1, 2011

Keajaiban Azan....

Assalamualaikum...
Ok aku dah sihat sikit dari demam.... X best betul la cuti2 nie demam nak g jalan2 pun x larat... nie semua ujian dari Allah... Aku ada benda nak di share kan di sini... Sesuatu yang bermanfaat dan patut kita sebagai umat Islam mengetahuinya.... Tak salah aku kongsi ilmu dengan orang lain sekurang-kurangnya dapat gak aku pahala kan... Niat aku nk buat blog pun untuk kongsi maklumat yang bermanfaat pada orang lain... 

Aku nak cerita pasal keajaiban azan yang Allah anugerahkan kepada umat Islam... 
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Setiap Minit Azan berkumandang di seluruh Dunia... 

Ada satu lagi tentang keajaiban Azan....

Dari Dr Azhar Sarip: Ada 4 tahap gelombang otak (paling tinggi ke paling rendah)

1. Beta - stress, semasa berfikir, bekerja...
2. Alpha - santai, tonton drama (terasa berlakon sekali)...
3. Theta - tidur2 ayam, tenang...
4. Delta - tidur nyenyak tanpa mimpi...

90% manusia duduk di gelombang Beta: nakal, stress, buruk sangka dengan Allah(paling buruk). Azan pulak berada di gelombang Theta. Banyak perkara ajaib berlaku di dalam gelombang ini. Dunia akan rosak binasa seandainya tiada gelombang Theta. Azan menstabilkan dunia ni.. dari gelombang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Seboleh mungkin lakukanlah solat seawal waktu (tepat pada waktunya) kerana gelombang rendah masih di situ bagi memudahkan khusyuk di dalam solat kita, Insya Allah. Mungkin terjadi kiamat jika Azan tiada lg di dunia ini..

Azan satu terapi yang baik dan sangat penting. Beri pemahaman kepada anak betapa pentingnya azan. Sebelum baca buku, anak tu perlu azan. Lihat betapa cantik, betapa kuat menghafal ilmu dan sebagainya.

Satu perkara yang menarik, Azan bukan dilaung (kekadang otak kiri) tetapi diseru (sepenuh hati/jiwa - gunakan otak kanan), perkataan paling sesuai digunakan.. Semasa Azan diseru, jika dinikmati dan difahami, badan kita akan rasa ringan dll...

Satu perkara yang dianjurkan:
Terapi Azan:

Tutup lampu, pejam mata dan hayati Azan..kemudian cuba tidur.. lihat apa akan berlaku..

Cuba la try apa akan berlaku.....

Banyak lagi kelebihan Azan... Korang boleh cari kat google... Lihat la betapa indahnya Islam dan anugerah Allah yang diberikan pada kita....
Subhanallah....

Kalau Suka Boleh Like Sini