satu hari satu click...

Friday, April 22, 2011

Makanan Halal Kod E

Assalammualikum...

sekarang kite semua merasakan makanan yang diproses diluar tidak selamat kn.. banyak cerita sana sini mengatakan makanan nie x boleh makan de campuran tu la de campuran Vavi la... kite dh termakan pastu baru tahu makann tu de campuran tu... klu mkn nnt jadi darah daging pulak... abih nak makan pe kan so fikir2 kan la... mase aku jalan cari pasal kt alam maya nie... jumpa la pasal Kod E yang di hebah2 kan x leh makan... 
Apa tu eh Kod E... meh aku cite kn..
cecite2... hehe...


Kod2 E adalah kod nombor untuk bahan tambahan atau aditif makanan(food additives) yang telah diuji penggunaannya untuk digunakan di Kesatuan Eropah(European Union). E di hadapan kod tersebut diambil dari huruf pertama European iaitu E. 


Kod E merupakan tambahan makanan yang digunakan sebagai perasa, pewarna, pengawet, bahan pengental dan sebagainya. Kod2 E boleh dibuat daripada tumbuhan atau haiwan, bergantung kepada jenis Kod E. Ada yang boleh dibuat daripada mana2 sumber iaitu tumbuhan sahaja atau haiwan sahaja. Adakah ia halal?


Masalah timbul apabila Kod E dibuat daripada haiwan. Kod E adalah halal jika sumber haiwan itu bukan dari sumber yang haram seperti khinzir, anjing atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Keraguan terhadap Kod E meningkat dengan tersebarnya khabar angin bahawa sesetengah Kod E dibuat daripada sumber tidak halal. ok x semua makanan yang diperbuat dari Kod E nie x halal tgk pada bahan yang digunakan la...


Terdapat banyak produk2 di pasaran yang menggunakan kod2 E ini dan antara yang popular adalah aiskrim dan chocolate. Banyak pula produk2 yang menggunakan kod E yang dikatakan haram tetapi mendapat pengiktirafan JAKIM. Jadi, bagaimana sekarang? Adakah JAKIM terlepas pandang?

Semestinya JAKIM tidak terlepas pandang. JAKIM diurus oleh ramai orang yang juga pengguna muslim dan mereka juga semestinya mahu menggunakan yang halal. Jadi, proses pengeluaran pengiktirafaan sijil halal adalah sangat teliti. Antara langkah2 memohon sijil halal ialah menyenaraikan semua bahan mentah produk.
Jadi di sini, JAKIM boleh memastikan sumber Kod E tersebut.

Salah satu contoh ialah Kod E yang paling popular iaitu E471. E471 ialah sejenis emulsifier yang merupakan asid lemak mono dan digliserida. Asid lemak sintetik ini dibuat daripada gliserol dan asid lemak semulajadi daripada sumber tumbuhan atau haiwan. Produk yang mempunyai E471 dan mendapat pengiktirafan halal JAKIM bererti E471 itu dibuat dari sumber tumbuhan atau haiwan(disembelih) yang halal. Justeru itu, produk tersebut adalah halal dan selamat untuk dimakan...




klu korang nak tahu produk yang telah di luluskan oleh JAKIM boleh tgk kt sini
Click here


***
Kalau Suka Boleh Like Sini

0 orang Cakap-cakap: