satu hari satu click...

Monday, December 17, 2012

Impian untuk My E-day





Assalammualaikum..


Entry kali nie nak cerita tentang impian eka untuk E-day nanti.. Tak semua impian nie akan terlaksana 100% mybe 99% ke, atau 50% pun ok.. Apa yang penting majlis berjalan dengan lancar dan teratur.. Kalau ikutkan hati dan perasaan memamg banyak impian kita kan.. Al maklum la hari bahagia kita so kita mestilah nak yang perfec.. Impian kita tu pun mestilah menepati bajet kita.. Jangan la bajet ciput tapi nak buat majlis gah macam artis (haha selalu terjadi)... Tak perlu nak tiru orang sangat kita kena ikut kemampuan kita jugak, kadang yang simple tu la lagi cantek dari yang harga beribu2 tapi hampehhhh... So ukur baju dibadan sendiri.. Eka pun akan buat majlis yang simple but nice ala2 sweet gitu.... Bajet pun tak besar mana sebab my family pun cakap buat simple je majlis tunang kan..

Untuk tema eka plan nak pilih soft pink plus biru, so dalam otak dah set nak cari baju warna pink.. hehe sebab  nak nmpk sweet2 je.. dan my family pakai baju warna biru.. Hantaran pulak nak warna Purple + Pink.. Mmg nak nampak majlis tu pink je.. hehe so Pelamin pun nak pink putih.. Bila cite kat my sis naek muntah dorg sebab dorg nie mmg alah dengan warna pink.. Macam geli je bila dengar warna pink.. haha gigihkan Usaha untuk dapat tema ini jugak!!! hehe

Baju nie salah satu benda penting masa majlis tu.. Eka ada impian nak buat baju sendiri that means anta tailor jahit la ikut design yang kita nak, tapi disebabkan kesuntukan masa so hapuskan la nak design sendiri baju tunang.. Lagi pun eka tak berani nak tanggung risiko KALAU baju yang kita design tak jadi macam yang kita nak, jadi lain pulak So simpan je angan2 tu untuk wedding nanti.. hehe jom cuci mata tgk design yang eka suka...




Lagi satu pening nak pakai shawl/tudung macam mana?? klu nak nmpak sweet lagi muda pakai shawl la kann, klu nak nampak mature pakai tudung awning.. eka dicide nak pakai shawl je senang beli ready made atau jahit sendiri pun boleh.. kat shawl tu boleh tambah manik atau pakai veil... My sis cakap tak payah pakai veil sebab nampak macam nak kawen, so tak tau lagi nak pakai veil atau tak.. Nak nampak cantik pakai la kalau nak nampak simple tak payah pakai.. Kat bawah nie ada contoh shawl yang sesuai untuk tunang.,



Kalau nak DIY boleh la buat macam nie..





Mini dais sure sangat nak sebab, orang cakap baik ada pelamin even pun untuk tunang.. salah satu sebab senang nanti nak sarung cincin semua boleh tengok.. Kalau dalam bilik sempit tak semua boleh masuk.. Masa nak sarung cincin sure semua nak tengok kan mana nak sumbat dengan mak mertua nak sarung cincin, kaum kerabat belah lelaki, kawan-kawan, adik beradik, sanak saudara kita lagi tu tak kira pulak camera man.. Last2 nanti gambar sikit je time tu sebab berasak orang nak masuk bilik.. Mini dais nie pun masuk dalam senarai, ala yang simple pun ok..


Macam nie pun ok simple..







Done untuk entry kali nie.. Selamat membaca.. :)







Kalau Suka Boleh Like Sini

Wednesday, February 15, 2012

How to tell how much I Missing...


Assalammualaikum....


Bosan... Bosan... Bosan..
Itu saja yang mampu aku cakap sekarang nie..
Sesungguhnya duduk dirumah bosan bila hari2 buat benda yang sama..
How mother just sit at home and do housework..
Aku x boleh berterusan macam nie jew.. 
Arghhhh...


Nak tau bile aku bosan mula la aku rindu saat masa study dulu..
Time study la saat yang paling best... 
Betapa aku rindukan kawan2..
Rindu nak pegi kelas..
Rindu ponteng kelas..
Rindu makan reramai ngn kawan..
And of course la aku rindu kan housemate aku...
Memang sakit la bila terkenangkan segala aktiviti yang best time study.. 

Rindu sangat nk pegi pasar malam tanjung malim..
pasar malam yang ada mcm2 makanan dari seluruh malaysia..
Memang banyak la makanan yang ada jual.. rambang mata dibuat nye..



 
Nie dia nasi kerabu abe we..
Nasi kerabu paling sedap pernah aku makan.. 


Kepak ayam madu x cukup makan seketul jew.. mesti nak lagi..



Char  kue teow Pakcik nie best.. makan panas2 perghhh sedap nye..
Menu Fav syue.. 


Saudagar memang terkenal kat T.malim... Bihun sup the best la... Tak cari lain dh..


Rindu kan rumah ini dan penghuninya sekali...



Dammm rindu gile kat korang semua...




Kalau Suka Boleh Like Sini

Monday, January 9, 2012

Penganggur Terhormat..


Assalamualaikum..


Hye semua,
Dengan ini di istiharkan aku telah tamat belajar di UPSI..
Dan dengan itu aku akan bergelar penganggur terhormat selama berapa lama x tau la..
Kena tunggu konvo bulan 7 nie mungkin, and posting nya x tau la bila..


Kehidupan aku sekarang hanya duduk di rumah..
Bangun pagi sambut kedatangan ank asuhan mak..
Then layan dorg maen, lepas dh penat2 maen tdo kan pulak..
Masa dorg tdo mula tolong mak buat keje rumah like basuh kain, jemur kain, kemas2 rumah, kemas bilik, dan seterusnya masak.. dan petang pulak if rajin pegi joging..


Dalam masa yang sama aku cuba mencari sesuatu untuk dilakukan..
aku x nk duduk saja kat umah, aku nk buat sesuatu yang boleh mendatang keuntungan..
Tak kira la apa pun, janji aku dapat duit untuk sara hidup aku sendiri tanpa susahkan mak and ayah..
Idea dh ada cuma belum ada keputusan lagi.. Semoga Allah beri petunjuk supaya aku  boleh buat keputusan..
And lagi satu aku juga akan try apply jadi Guru sandaran/ganti..
Ikut kan hati aku tak nak apply tapi mak sungguh2 suruh pegi jugak apply..
So terpaksa la aku apply.. Mana tau rezeki aku dapat jadi guru ganti, dapat pengalaman..



Sekarang nie masa untuk kumpul duit tuk masa depan..
Bukan lagi masa untuk habis kan duit..
Masa tu dh abih, puas dah abihkan duit masa stdy...
So time untuk berusaha cari duit, cari peluang untuk berjaya..
Dengan segulung degree x semestinya kita dh dikira berjaya jika kita sendiri x tahu gunakannya...
Dan sekarang bukan masa untuk toleh kebelakang, masanya kita pandang ke hadapan dan fikir untuk diri sendiri..
Sekarang baru aku rasa dewasa because now aku dh kena fikir and buat keputusan sendiri.. 
dh tak boleh nk berharap pada mak and ayah.. 
Tak apa kita mula dari bawah InsyaAllah dengan izin Nya kita akan berjaya..


***
Kalau Suka Boleh Like Sini