Assalammualikum..
Bila nk dekat habis belajar nie.. kite mula fikirkan masa akan dtg..
makna nye kite kena fikir apa yang akan berlaku dan apa yang terbaik tuk diri kite masa hadapan..
x kan nk duk diam jika masa depan kite di buat maen2..
walaupun nmpk kecil sedikit sebanyak memberi tempias pada ramai pihak..
ini bukan cerita kosong nie realiti sekarang..
bile orang atas dh melepaskan kata2 yang kurang enak didengar maka begini la jadinye..
so bile berhati2 la bila mengeluarkan kata2..
Inilah jadi nye bile sesuatu pekara dibuat membuta tuli.. sedikit sebanyak memberi kesan kepada hal politik..
tapi nie la realiti bile kerajaan sendiri mengeluarkan statment mcm nie x mungkin mahasiswa sendiri akan beralih arah kepada parti pembangkang akan berlaku..
tambahan pulak bila pilihan raya dh nk dekat kan..
Bile statment nie terkena pada aku sendiri.. dan aku salah seorang pelajar pendidikan bukan dibawah tajaan kerajaan.. salah seorang yang perlu mencari kerja laen.. gilakkk kan..
sekarang aku rasa mcm masa depan aku di permainkan..
usaha 4 tahun aku kt upsi x dapat di aplikasikan..
so duk umah ajar adik2 ke, yang mana dh kawen boleh ajar anak..
Petang semalam aku telah join buat pertama kali nye sudut pidato dan penyerahan memorandum kepada TMP sendiri.. lebih daripada 5000 orang telah menandatangani memorandum tersebut..
malah ia bukan saja diadakan di upsi tetapi di universiti yang laen menawarkan bidang pendidikan.
ia bukan la satu tunjuk perasaan yang ade setengah pihak katakan.. tapi ia satu tuntutan hak yang sepatutnya kita dapat tapi tidak berikan.. dan ia melibatkan masa depan kita sendiri..
TANJUNG MALIM 2 Nov. - Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, graduan UPSI telah dilatih untuk menjadi guru sebenar, sekali gus mengurangkan isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.
Mengulas lanjut, Afiq Fikri berkata, tuntutan itu dibuat bagi menjamin masa depan mahasiswa dan graduan UPSI.
"Kebanyakan graduan UPSI menganggur kerana mereka tidak diterima bekerja di sektor lain atas alasan ijazah pendidikan yang dimiliki tidak menepati kehendak mereka.
"Justeru, peluang graduan ini untuk bekerja hanyalah dalam bidang pendidikan tetapi hak kami sebagi guru telah dinafikan oleh golongan GSTT tersebut," ujarnya.
(by Utusan Malaysia)
Kalau Suka Boleh Like Sini